Satu Wawasan Satu Tujuan
Asalamualaikum dan salam sejahtera,
Sepertimana yang telah digembar-gemburkan sebelum ini, secara rasminya pada tarikh 08/08/08 Kenarianz Club telah pun diiktiraf selaku persatuan / pertubuhan rasmi mengikut lunas undang² Malaysia. Didaftarkan diatas nama 'Kelab Pemilik dan Komuniti Perodua Kenari Malaysia (Kenarianz)' bakal menaikkan lagi imej Kenarianz dimata umum.
Ramai diantara kita yang seakan terlupa ataupun tidak mengetahui betapa proses pendaftaran ini tidak berjalan semudah yang disangka. Rintangan demi rintangan terpaksa dilalui demi memastikan nama Kenarianz terus dipandang tinggi oleh masyarakat. Tanpa berkat usaha gigih sebilangan besar para Committee dan Club Reps, dan tidak ketinggalan sokongan moral yang diberikan oleh seluruh warga Kenarianz sudah pastinya Kenarianz tidak mampu bertahan lama sepertimana sekarang.
Akhir sekali, teruskan bersama-sama kami untuk menjadikan jenama "Kenarianz" terus berkembang pesat di Malaysia. "One for all, All for one". Sekalung Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Kenarianz Club Malaysia.
Yang Menjalankan Tugas,
Adi Iskandar Bin Elias (totttis)
Presiden,
Kelab Pemilik dan Komuniti Perodua Kenari Malaysia (Kenarianz) 1392-08-WKL
|