PDA

View Full Version : Johor subNOS [Berbuka Puasa & Convoy]


FidzDa
09-16-2008, 04:59 PM
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua warga Kenarianz.Alhamdulillah,pada 13 September 2008 (Sabtu) telah diadakan SubNOS Kenarianz Johor.Sesi SubNOS kali ini telah diadakan di dua lokasi iaitu di Taman Sutera Utama, Skudai dan di Kluang.

Sesi pertama bermula pada pukul 6 petang apabila para peserta berkumpul terlebih dahulu di hadapan McD Sutera Utama.Orang pertama yang sampai di tempat kejadian ialah mus_statejb dan qaero.Selepas itu dee, marz,key,fidzda, dan hypo sampai.Kami berkenalan antara satu sama lain kerana pada sesi subNOS kali ini terdapat seorang ahli baru iaitu saudara dee .Selepas sesi berkenalan dan bersembang kami bertolak ke tempat untuk berbuka puasa.Kami tiba agak lewat,jadi pada waktu berbuka puasa ada yang berbuka puasa dengan rokok dan hacks je.Kami dapat berbuka puasa dengan sempurna pada pukul 7.50 malam.Selepas selesai makan dan berborak,kami bertolak ke kluang pada pukul 8.30 malam.Konvoi ke Kluang hanya di sertai oleh mus_statejb,qaero,hypo,fidzda dan dee.Key dan marz tidak dapat menyertai konvoi ke Kluang kerana bekerja.

Tepat pukul 9.35 malam,konvoi dari Johor Bahru tiba di tol Ayer Hitam.Ketibaan kami disambut oleh Aim,faiz@tony,pay dan dua orang rakan mereka .Lebih kurang lima minit berada disitu,kami semua bertolak ke Dataran Kluang.Ketibaan kami disambut oleh toto,saleh dan jeman dengan tiada paluan kompang atau alatan yang sewaktu dengannya dan secara rasmi bermulalah sesi kedua SubNOS Kenarianz Johor di Kluang.Aktiviti yang dijalankan di dataran Kluang ialah sesi berkenalan dengan ahli baru,bersembang pasal kereta dan aktiviti yang paling digemari iaitu bergambar.

Selepas selesai sesi bergambar,kami bergerak ke Restoran Sri Tengah untuk mengisi perut.Tetapi sebelum sampai ke restoran tersebut,saudara toto membawa kami berkonvoi mengelilingi bandar Kluang.Bandar Kluang masih segar dengan kehadiran orang ramai walaupun waktu ketika itu menunjukkan pukul 12 tengah malam. Maka ramailah yang memerhatikan kehadiran kami.Kami mengisi perut di restoran tersebut dan berbincang mengenai tarikh sesi berbuka puasa Kenarianz Johor @ SubNOS yang seterusnya.Lebih kurang pukul 1 pagi kami bersurai dan bergerak pulang ke rumah.

Senarai kehadiran SubNOS Kenarianz Johor (13 September 2008)
1. Mus
2. Saleh
3. Qaero
4. Fidzda
5. Toto
6. Spitfire
7. Jeman
8. faiz@tony dan member
9. dee
10. wan@hypo
11. pay& member
12. key
13. marz

Tahniah diucapkan kepada mus_statejb,toto, Spitfire dan fidzda kerana telah dilantik sebagai ‘Club Representatives’ bagi negeri Johor dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Sekian,laporan SubNOS Kenarianz Johor.

Laporan ditulis oleh:
Dee