pikamerah
05-26-2008, 08:06 PM
Kenarianz Protem Meeting Bil. 1/2008
tarikh : 17.05.07 (Sabtu)
masa : 10:00pm
tempat : Bandar Tasik Permaisuri
kehadiran :
01. Sdr. Mohd. Zulhizain Mohd. Yunus (Mr. P)
02. Sdr. Adi Iskandar Elias (totttis)
03. Sdr. Mohammad Zahri Latif (pika)
04. Sdr. Mohd. Hamizi Ainuddin (mezzy)
05. Sdr. Mohamad Haikal Jenal (haikal)
06. Sdr. Asmade Salam (Made)
07. Sdr. Alfian Nizam Mohd. Razali (pyan)
08. Sdr. Ahyauddin Maskuri (artz)
09. Sdr. Mohd. Shoffee Razali (kompressor)
10. Sdr. Mazlinizam Marzuki (nizam)
11. Sdr. Mohamad Fauzan Safii (ibnushafie)
12. Sdr. Mohd. Shahril Izwan Mohd. Yusof (acaizegrate)
13. Sdr. Nurul Faisal Murad (corleano)
agenda mesyuarat:
1.0 Domain & hosting
1.1 Mesyuarat dimaklumkan laman web Kenarianz telah berpindah ke url baru iaitu www.Kenarianz.com.my
1.2 bayaran domain & hosting sebanyak RM270/ setahun
1.3 yuran tahunan 2008 telah didahulukan oleh Sdr. corleano dan akan dibayar semula oleh Komiti.
1.4 Sdr. Zul memaklumkan domain Kenarianz.com tidak dapat diperolehi semula keranaa telah diambil oleh individu di luar negara.
Beliau juga memaklumkan bahawa penebusan semula memerlukan sebanyak 2,500 euro.
1.5 Sdr. Zul memaklumkan bahawa telah mengadakan perbincangan bersama Sdr. Din dan Sdr. Deunan untuk mengetahui lebih lanjut perkembangan domain terdahulu dan masih tiada jalan penyelesaian.
1.6 Komiti meminta Sdr. Corleano memaklumkan lebih awal sekiranya bayaran yuran domain & hosting perlu dilakukan.
1.7 Komiti memaklumkan sehingga kini yuran tahunan domain & hosting telah dibayar hasil perkongsian antara Komiti. Ia juga sebahagian hasil keuntungan penjualan stiker dan T-shirt kelab.
1.8 Mesyuarat dimaklumkan domain & hosting akan dikawal selia oleh Sdr. Corlenao.
2.0 Stiker Kelab
2.1 Sdr. Zul memaklumkan ada perubahan pada logo asal Kenarianz terutamanya penambahan ".my".
2.2 Sdr. Mezzy memaklumkan mendapat maklum balas yang positif dari ahli-ahli kelab yang bersetuju untuk menukar stiker kelab sediada pada kereta mereka.
2.3 Sdr. Fauzan mencadangkan untuk membuat undian (poll) kepada ahli kelab samada bersetuju atau tidak.
2.4 Mesyuarat besetuju melantik Sdr. Fauzan untuk 'in-charge' mengenai undian ini.
3.0 Kewangan Kelab
3.1 Sdr. Mezzy memaklumkan terdapat sejumlah lebih kurang RM800 di dalam simpanan beliau.
3.2 Sdr. Haikal mencadangkan untuk menubuhkan syarikat 'enterprise' bagi tujuan urusan jual beli barangan kelab.
3.3 Mesyuarat meminta Sdr. Haikal untukmendaptkan maklumat lanjut mengenai penubuhan sesuah syarikat.
4.0 Pendaftaran Kenarianz (ROS)
4.1 Sdr. pika memaklumkan telah menyerahkan pindaan undang-undang kelab dan diserahkan kepada ROS pada 18.4.2008.
4.2 Sdr. pika mencadangkan untuk membuat pindaan semula pada undang-undang kelab yang telah dihantar untuk mengemukakan logo yang baru.
4.3 Sdr. pika diminta merujuk kepada ROS untuk tindakan lanjut.
5.0 Protem Kenarianz
5.1 Sdr. Zul memaklumkan telah menerima e-mail perletakkan jawatan dari Sdr. Din.
5.2 Sdr. Zul memaklumkan bahawa terdapat beberapa orang Protem yang tidak lagi aktif di dalam kelab.
5.3 Sdr. pika mencadangkan untuk mewujudkan Protem sementara bagi tahun 2008 untuk membantu Komiti dan Club Reps sediada.
5.4 Sdr. totttis mencadangkan untuk melantik beberapa ahli untuk membantu pentadbiran kelab, iaitu :
a. Komiti = Sdr. Made & Sdr. Pyan (bertanggungjawab hal 'events' dan 'traffic department')
b. Clubs Reps KL= Sdri. Ieca, Sdr. Acai & Sdr. Nizam
c. Club Reps Utara = Sdr. Adrienaero & Sdr. kompressor
d. Unit I.T = Sdr. Corleano, Sdr. Fauzan, Sdr. Artz & Sdr. Nizam
e. Unit Traffic = Sdr. Moveving, Sdr. Along & Sdr. Miela
5.5 Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan pelantikan Protem yang dicadangkan. Jawatan tersebut berkuatkuasa serta-merta dan pemberitahuan akan dimaklumkan di dalam forum.
5.6 Sdr. Corleano diminta memberi akses kepada Protem yang baru ke forum komiti.
6.0 T-shirt Kenarianz
6.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tempahan sebanyak 15 helai masih belum dibuat lagi.
6.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa urusan tempahan terdahulu dibawah tanggungjawab Sdr. Oren.
6.3 Sdr. Pika mencadangkan untuk mengambil semula wang tempahan tersebut dan diberi kepada Sdr. Mozweed untuk membuat tempahan bersama Chapter Perak/ Utara.
7.0 Program / Aktiviti
7.1 Sdr. Fauzan mencadangkan untuk melibatkan Protem dari Chapters negeri lain untuk turut serta dalam 'events department'.
7.2 Sdr. Pyan mencadangkan setiap aktiviti yang dicadangkan oleh Komiti dan ahli perlu melalui 'events department' terlebih dahulu. Sekiranya tiada kebenaran, maka aktiviti tersebut dianggap sebagai 'unofficial events'.
7.3 Sdr. Zul mencadangkan untuk mengurangkan aktiviti permotoran dan membanyakkan aktiviti riadah bersama ahli kelab.
7.4 Sdr. Zul juga mencadangkan untuk menjalin kerjasama bersama agensi kerajaan dan swasta.
8.0 Forum Kenarianz
8.1 Sdr. Corlenao memaklumkan memerlukan bantuan untuk menyelia forum 'carboot sale'.
8.2 Mesyuarat bersetuju melantik Sdr. Artz untuk membantu Sdr. Corleano.
8.3 Mesyuarat bersetuju melantik Sdr. Mezzy , Sdr. Made dan Sdr. Acai untuk menyelia forum 'member detail/ Kenarianz registrations'.
8.4 Mesyuarat bersetuju melantik Sdr. Zul, Sdr. Mezzy, Sdr. Made, Sdr. Totttis, Sdr. Corleano dan Sdr. Fauzan untuk menyelia forum 'gallery'.
8.5 Mesyuarat dimaklumkan bahawa setiap ahli kelab perlu mengisi borang keahlian bagi tujuan rekod.
8.6 Sdr. pika mencadangkan agar borang keahlian ini dapat dicetak untuk rekod dan simpanan pentadbiran.
9.0 Isu Semasa Kelab
9.1 Sdr. Zul memaklumkan Protem perlu mengurangkan jurang antara Protem dan ahli kelab.
9.2 Sdr. Zul juga memaklumkan wujudnya 'group/ clan' di dalam kelab.
9.3 Protem diminta mengambil tindakan kepada ahli-ahli yang terlibat agar menanggalkan stiker mereka.
10.0 NoS
10.1 Sdr. Zul meminta Protem agar memantau aktiviti dan kehadiran ahli kelab pada sessi NoS.
11.0 Merchandise/ Premium Items
11.1 Mesyuarat dimaklumkan kebanyakan aktiviti yang dijalankan oleh Perak Chapter mempunyai 'merchandise' mereka sendiri.
11.2 Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan 'merchandise' kelab untuk dijual kepada ahli kelab.
12. 0 Flyers
12.1 Mesyuarat dimaklumkan flyers sediada perlu ditukar berikutan perlantikan Protem yang baru.
12.2 Mesyuarat bersetuju melantik Sdr. Totttis untuk merekabentuk flyers yang baru.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:20 pagi dan akan diadakan pada masa yang akan ditentukan kelak.
disediakan oleh;
Mohammad Zahri Latif a.k.a pikamerah
Setiausaha Protem Kenarianz 2007/2008