PDA

View Full Version : It's All About Hari Raya Aidilfitri 1431H


BHF1932
08-26-2010, 08:00 AM
Topik ni dibuka untuk korang meluahkan pelbagai atau apa sahaja mengenai raya..

Topik yg diizinkan diantaranya..
1) Cuti Raya berapa hari
2) Lokasi Cuti raya korang
3) Ucapan Selamat hari Raya
4) Teks ucapan minta maaf
5) Kuih raya yang korang suka
6) Makanan yang korang paling nak makan masa hari raya
7) Berapa pasang baju raya tahun ni
9) Persediaan kenderaan korang sempena cuti panjang dan jalan jauh ni..
10) Duit raya yang korang akan keluarkan ATAU akan korang terima
11) Dengan siapa yang korang akan beraya atau pi rumah masa raya nnt..
12) Apa sahaja janji berkaitan dengan Hari Raya.. hehe..

Sila2 lah komen..

tony4387
08-26-2010, 08:29 AM
1) Cuti Raya berapa hari = dah apply 2 hari sebelom raya, tp, xtau nak amik cuti ke x...

2) Lokasi Cuti raya korang = raya pertama - Batu Pahat, Raya ke2 - Batu Pahat gak & seterusnya..

3) Ucapan Selamat hari Raya = saya, Mohd. Faiz bin Manap & selaku wakil kaum keluarga saya, saudara mara saya, sepupu berkupu-kupu saya, kawan2 saya & semua yang berkaitan dengan saya ingin menyusun 20 jari memohon maaf sekiranya ada termakan, terminum, terambil & segala " TER..." samada disengajakan atau tidak, nampak atau tidak nampak, minta dihalalkan dunia & akhirat, zahir dan batin...

4) Teks ucapan minta maaf = sama seperti diatas..:D

5) Kuih raya yang korang suka = kuih deram

6) Makanan yang korang paling nak makan masa hari raya = kuah lontong..:D

7) Berapa pasang baju raya tahun ni = xtau lagi...sbb lom cari lagi..

9) Persediaan kenderaan korang sempena cuti panjang dan jalan jauh ni = aku xbuat persediaan ape2 pun...sbb adik aku dah sediakan kereta dia...hehehe..

10) Duit raya yang korang akan keluarkan ATAU akan korang terima = keluar - RM300.00, terima - lom tau lagi / xde kot...huhuhu

11) Dengan siapa yang korang akan beraya atau pi rumah masa raya nnti = family aku je..;)

12) Apa sahaja janji berkaitan dengan Hari Raya = mercun korang ada stok x??hehehe :D


hehehehe...boleh x mcm nie???

_SHOFI_
09-08-2010, 12:09 AM
Assalammualaikum,

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal menjelma, insyAllah.

Tahniah bagi mereka yang telah memanfaatkan bulan Ramadhan yang kini telah hampir ke penghujungnya. Semoga amal ibadah yang kalian kerjakan, diterima oleh Allah.

Zakat Fitrah harap2 semua dah bayar lah ya hehe....bagi yang belum bayar, silalah bayar untuk diri sendiri dan tanggungan dan tanggunjawab kalian.

Bagi yang dah mula bercuti, nak siap2 balik kampung, berhati-hati lah ya, walau apa pun kenderaan yang kalian naiki. Rumah yang tinggal kunci elok2, ada yang bela kucing2 ke, arnab ke jangan lupa pesan kat diorang pandai2 la carik makan hehe. Pandulah dengan berkhemah, semoga selamat sampai ke destinasi, semoga tak kena speed trap dan saman2 yang berkaitan. Periksa lah kereta2 korang semua ya, kang ada pulak yang rosak tengah jalan, moga dijauhkan perkara2 yang tak elok. Tayar spare pastikan ada angin, spana2 nak tukar tayar sume tu, jack dan lain2 lah yang berkaitan.

Bagi yang tak dapat cuti panjang or tak dapat cuti langsung, dan perlu bertugas, jangan sedih gundah gulana ya.

Duit raya jangan dilupa, kot2 nak bagi anak2 buah ke, mak ayah ke, atuk nenek ke, ha siap kan awal2

Nanti pergi semayang raya tau, pastu semayang jumaat pulak, jangan asik makan je hehe

Aku cuti 9hb sampai 17hb, raya pertama, kedua ada je kat Seremban, selebihnya duk Subang je. Sape yang ada tersesat ke Seremban tu kot nak singgah umah kasi roger. Tak tau la raya nanti camne, first time raya tanpa arwahyarham ayahku...sob sob..tapi first time juga beraya bersama insan baru cewah, tahun lepas dia dalam perut je hehe

Akhir kata, selamat hari raya, saya mohon maaf kalau ada silap dah salah, terkasar bahasa, terguris hati, termakan hati rakan-rakan sekalian, maaf zahir batin....

Semoga dapat kita bertemu lagi pada NOS selepas raya...insyAllah

Selamat Hari Raya KENARIANZ!!! Aku sayang amat sama kamu huhu

shafa991
09-08-2010, 08:35 AM
1) Cuti Raya berapa hari = x amik pon..cuti tahun tgal 3 ari

2) Lokasi Cuti raya korang = raya pertama - Sungai siput, Raya ke2 - Taman Meru, Ipoh & raya ke 3 - Tambun, Ipoh

3) Ucapan Selamat hari Raya = Selamat hari raya tuk semua rakan2..Ampun maaf zahir aje..Batin xde kot...Hati2 memandu tuk semua yg nak drive jauh..Kate org dolu2....Bior mati eksyen, jgn mati xciden

4) Teks ucapan minta maaf = sama seperti diatas..

5) Kuih raya yang saya suka = tempeyek

6) Makanan yang saya paling nak makan masa hari raya = lemang la,setahunskali jer jumpa..

7) Berapa pasang baju raya tahun ni = xde..huhu...bajet..

9) Persediaan kenderaan korang sempena cuti panjang dan jalan jauh ni = bise jer..x jln jauh pun

10) Duit raya yang saya akan keluarkan ATAU akan saya terima = keluar - RM300.00, terima - RM500.00. (kena ada untung)

11) Dengan siapa yang korang akan beraya atau pi rumah masa raya nnti = family aku je..

12) Apa sahaja janji berkaitan dengan Hari Raya = klu main mercun..simpan skit tuk majlis ari raya kenarianz

totttis
09-08-2010, 09:03 AM
1) Cuti Raya berapa hari - aku balik keja ari ISNIN 13 SEPTEMBER dan bercuti kembali on 14 & 15

2) Lokasi Cuti raya korang - aku beraya di rumah wife di Melaka & akan tour area Jelebu (kampung pak mertua)

3) Ucapan Selamat hari Raya - Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada korang semua, jika ada salah dan silap, termakan terminum, curi, mengintai dan perbuatan aku yang meng-jengkelkan semasa aku menjadi Presiden Kenarianz ni, aku mohon seribu ampun dan maaf...Dosa korang? Dah lama aku maafkan dah...aku tak berdendam dengan sesiapa dalam Kenarianz ni, aku sayang semua...

4) Teks ucapan minta maaf - baca di atas tu

5) Kuih raya yang korang suka - sebenonya aku ni tak suka kuih raya sangat kecuali TAT nenas, aku juga suka papedom, muruku, vadey, chatni...

6) Makanan yang korang paling nak makan masa hari raya - laksa, aku leh makan 5 mangkuk laksa trus & memang laksa di raya pertama mesti ada buat nye

7) Berapa pasang baju raya tahun ni - aku baju baru tak beli pun 6-7 tahun ni, baju lama aku pun masih cantik...baju melayu? aku pakai masa kawin nye, ada 3 pasang...

9) Persediaan kenderaan korang sempena cuti panjang dan jalan jauh ni... - dah buat awal dah

10) Duit raya yang korang akan keluarkan ATAU akan korang terima - kuar pasti ada, terima entah la

fauzan
09-08-2010, 09:03 AM
1) Cuti Raya berapa hari
Anak bulan nampak baru aku start cuti. Pastu balun cuti seminggu. Hehehe

2) Lokasi Cuti raya korang
Raub, Kelana Jaya dan mungkin balik Melaka jap.... (Mak aku tak baper sihat tahun nih...)

3) Ucapan Selamat hari Raya
Salam Aidilfitri buat semua. Pandulah dengan selamat. Ingatlah orang tersayang. Pesanan ikhlas dari Jabatan Pengangkutan Jalan.... hehehehe...

4) Teks ucapan minta maaf
Minta maaf pada semua kot-kot ada terkasar bahasa terlajak bicara... terlebih cucuk ke...

5) Kuih raya yang korang suka
Ntahle..... banyak sangat

6) Makanan yang korang paling nak makan masa hari raya
Rendang daging makan ngan keputat

7) Berapa pasang baju raya tahun ni
Aku kira cam takde... tapi bini aku kata die belikan sepasang.... so... ada la sepasang kot.... campur yang tahun lepas2 punye jadi la berpasang-pasang... hehehe

9) Persediaan kenderaan korang sempena cuti panjang dan jalan jauh ni..
Enjin serbis = done, Tayar = dah tukau, balancing/alignment = done.....

10) Duit raya yang korang akan keluarkan ATAU akan korang terima
Mengikut kelulusan kementerian kewangan

11) Dengan siapa yang korang akan beraya atau pi rumah masa raya nnt..
Mostly ngan family.....

12) Apa sahaja janji berkaitan dengan Hari Raya.. hehe..
Nak janji hapenye... saya berjanji saya takkan cucuk bintang bucu tiga lagi... hahahaha

totttis
09-08-2010, 09:21 AM
12) Apa sahaja janji berkaitan dengan Hari Raya.. hehe..
Nak janji hapenye... saya berjanji saya takkan cucuk bintang bucu tiga lagi... hahahaha

ini amat jahat ni...

_SHOFI_
09-08-2010, 09:41 AM
ini amat jahat ni...

Dia tak cucuk tot, dia high beam je dari jauh, ketepi ketepi hehe

fauzan
09-08-2010, 10:49 AM
Dia tak cucuk tot, dia high beam je dari jauh, ketepi ketepi hehe

setelah sessi test drive semalam.... ko rasa2 camne shofi.... nak high beam ke.... tak nak? huhuhu

_SHOFI_
09-08-2010, 12:19 PM
setelah sessi test drive semalam.... ko rasa2 camne shofi.... nak high beam ke.... tak nak? huhuhu

Aku rasa lah kan emmm, aku yang kena high beam wakaka, sila kan lalu En Fauzan hehe, den ketepi je, pehtu den anta wakil @ndy high beam abang balik hehehe

Alamak tot marah, dah lari topik ni, back to topic hehe

Selamat Hari Rayaaaaaaaaa hehe

corleano
09-12-2010, 03:51 AM
jap aku nak cuba paham...

1. kalo fauzan high beam ko ke tepi - ok
2. kalo andy high beam fauzan ke tepi - ni aku ragu2... kilauan dia sama macam bintang di langit ke? huhuhu :P
3. kenapa sofi tak ke tepi? sape high beam sofi?

korang konvoi skali balik raya aritu? best2... kenari 3 rasa.
tahun ni aku janji tak nak balik ikut terowong ipoh... mesti jam.

BHF1932
09-12-2010, 12:03 PM
Aku tahu dah siapa High Beam Mike.. Dah tentu la Three Pointed Star.. Pastu hari pembalasan dan dia cucuk balik itu Three Pointed Star.. hhhhuuuuuu wallawey.. mmg power keta Abam Mike...

_SHOFI_
09-12-2010, 01:24 PM
jap aku nak cuba paham...

1. kalo fauzan high beam ko ke tepi - ok
2. kalo andy high beam fauzan ke tepi - ni aku ragu2... kilauan dia sama macam bintang di langit ke? huhuhu :P
3. kenapa sofi tak ke tepi? sape high beam sofi?


Jawapan pada hari raya ketiga hehe

1. Yeah betul, sape saja fauzan high beam sure ketepi, sebab takut nengok bumper RS dia, mahal tu

2. Fauzan kena bagi laluan, sebab andy kena laju, kalau perlahan temperature naik wakaka

3. Tak sempat orang nak high beam, memang aku siap2 bagi laluan hehe, kasi jalan dulu wakaka poyo

fauzan
09-13-2010, 07:40 AM
Jawapan pada hari raya ketiga hehe

1. Yeah betul, sape saja fauzan high beam sure ketepi, sebab takut nengok bumper RS dia, mahal tu

2. Fauzan kena bagi laluan, sebab andy kena laju, kalau perlahan temperature naik wakaka

3. Tak sempat orang nak high beam, memang aku siap2 bagi laluan hehe, kasi jalan dulu wakaka poyo

Mak aihhh... dah 4 hari raya tak abih lagi ke story nih? Hehehehe....

p/s: Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik aku tak makan masa berhari2.... hehehe