PDA

View Full Version : Sejarah Penubuhan Kenarianz


totttis
04-11-2008, 04:11 PM
Sejarah Penubuhan Kenarianz.


Berlandaskan diatas dasar minat yang mendalam pada model keluaran Perodua iaitu Kenari, KenarianzClub telah ditubuhkan pada 16 Jun 2003. Kenarianz juga telah ditubuhkan demi untuk memenuhi permintaan ramai bagi memeriahkan lagi industri permotoran di Malaysia yang pada ketika itu sedang berkembang pesat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara yang baik.

Walaupun pada peringkat awal penubuhannya hanya dianggotai oleh lima orang iaitu ZulhizainL902S, Totttis, DinGXAero, Jay dan juga Gadgetfreq, namun mereka ini kerap berdiskusi melalui internet dan juga sering mengadakan perjumpaan dan perbincangan pada setiap minggu disekitar Kuala Lumpur demi memajukan kelab.

Setelah keahlian Kenarianz dibuka kepada orang awam, khususnya kepada semua pemilik kenderaan Perodua Kenari tanpa mengira bangsa, agama, umur mahupun pangkat, jumlah keahlian Kenarianz kini telahpun mencecah ke angka 975 orang ahli berdaftar setakat ini. Jumlah ini termasuklah jumlah mereka yang berdaftar diseluruh negara.

Sejajar dengan objektif penubuhannya iaitu untuk membina satu komuniti yang mempunyai minat yang sama dan juga mampu memupuk persefahaman diantara semua kaum dan budaya yang terdapat di Malaysia, semua ahli telah diminta untuk memberikan komitmen didalam usaha untuk memupuk budaya harmoni didalam keluarga Kenarianz.

Sehingga ke saat ini, Kenarianz telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti Nes-O Session ( NOS ) ataupun sessi beramah mesra sesama ahli, Sunday Morning Drive Ke Port Dickson dan juga Janda Baik, Sunday Evening Drive ke Putrajaya dan pelbagai lagi. Buat masa ini, pihak Kenarianz sedang merangka beberapa aktiviti menarik untuk diadakan pada masa hadapan seperti, Futsal Day, Kenarianz Family Day, dan juga Bowling Session.

Berbekalkan semangat dan sokongan padu yang diberikan oleh kesemua ahli yang sedia ada sekarang, diharapkan agar Kenarianz akan lebih berjaya dimasa hadapan.

Sekian, Terima Kasih.

Mohd Zulhizain
Presiden Kenarianz
zulhizainL902S@yahoo.com