PDA

View Full Version : Sabah Chapter : Trip 2 Labuan March 2010


neija13
04-02-2010, 09:24 AM
http://1.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7Sab5d_pTI/AAAAAAAAEPo/Mnp1Q58tvE8/s320/t2l.jpg (http://1.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7Sab5d_pTI/AAAAAAAAEPo/Mnp1Q58tvE8/s1600/t2l.jpg)

Pada 27-29 Mac 2010 yang lalu, Kenarianz Sabah telah menganjurkan Konvoi Muhibbah ke Pulau Labuan [Trip2Labuan] yang melibatkan 23 buah kereta Kenari, Saga Iswara dari SIXORS dan Kelisa [Borneo Auto Care]. Program ini adalah satu daripada beberapa siri aktiviti promosi kelab ke seluruh Sabah. Wilayah Persekutuan Labuan merupakan destinasi seterusnya selepas Konvoi Cuti Ke Ranau, Konvoi Raya ke Keningau-Tenom-Sipitang,Konvoi Belia Benci Dadah di Sandakan dan Konvoi 1Malaysia ke Kinabatangan-Lahad Datu-Kunak-Tawau. Selain mempromosi kelab dan aktiviti ronda-ronda Pulau Bebas Cukai ini, Trip2Labuan dilaksanakan untuk menyahut cabaran Manikar Street Carnival 2010 yang disertai oleh 5 buah jentera Kenarianz.Ikuti kronologi Trip2Labuan

Hari pertama;
Konvoi bertolak dari Papar pada jam 6 pagi dengan purata kelajuan 80km/j dan tiba di Jeti Menumbok pada jam 8.30 pagi. Peserta konvoi mengambil kesempatan untuk bersarapan pagi di restoran berdekatan sementara menunggu feri bertolak pada jam 10.30 pagi.

Perjalanan feri dari Menumbok ke Labuan mengambil masa lebih kurang 2 jam dan kami tiba di Pulau Bebas Cukai pada jam 12.30 tengahari.

Dalam feri bersama jentera SIXORS
http://1.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7Sa0gnovRI/AAAAAAAAEQQ/VeDRgMBoaFg/s320/5.jpg (http://1.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7Sa0gnovRI/AAAAAAAAEQQ/VeDRgMBoaFg/s1600/5.jpg)

Setibanya di Labuan, kami ke Restoran Malindo untuk makan tengahari sebelum ke tempat penginapan di OneHotel.

Di sebelah petang, selepas sesi bergambar di pantai UMSKAL, peserta mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan dan membeli-belah di bandar Labuan.

Aktiviti seterusnya pada hari pertama adalah NOS Muhibbah Kenarianz Sabah dan Kenarianz Labuan di ruang letak kereta Anjung Selera. Pada jam 9.30 malam, jentera Kenarianz mula memenuhi lokasi NOS. Acara utama pada malam ini adalah sesi penyerahan tanda kenangan Konvoi Muhibbah Kenarianz Sabah Zon Kota Kinabalu kepada rakan-rakan Kenarianz di Labuan. Kehadiran kelab-kelab permotoran lain seperti SIOLOON dan KCOC juga turut memeriahkan sesi lepak santai pada malam tersebut.

http://1.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7SkyBbm09I/AAAAAAAAERw/ykWi861PzbA/s320/nos2.jpg (http://1.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7SkyBbm09I/AAAAAAAAERw/ykWi861PzbA/s1600/nos2.jpg)
http://1.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7SbAMOqJ8I/AAAAAAAAERI/tri8UsFKuyg/s320/8.jpg (http://1.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7SbAMOqJ8I/AAAAAAAAERI/tri8UsFKuyg/s1600/8.jpg)

..bersambung..

neija13
04-02-2010, 09:29 AM
Hari Kedua;
Seawal jam 6 pagi para peserta terutamanya yang menyertai Manikar Carnival Street 2010 mula berkumpul di tempat letak kereta berhampiran hotel untuk persiapan terakhir sebelum bertolak ke lokasi pertandingan autoshow. Selepas bersarapan pagi, kami bergerak ke Manikar Resort untuk meneruskan misi Trip2Labuan. Lima jentera yang terlibat ialah jentera AwiPinat, Uncle T, WanBaC, WanNaga dan Khai.


http://3.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7SqCfmLCYI/AAAAAAAAER4/IbNRX7vBUl8/s320/as1.jpg (http://3.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7SqCfmLCYI/AAAAAAAAER4/IbNRX7vBUl8/s1600/as1.jpg)


Syabas diucapkan kepada semua yang menyertai cabaran ini kerana telah berjaya merangkul kelima-lima tempat teratas dalam kategori K-Car Standard dengan mengenepikan 3 jentera lain yang turut serta. Setinggi-tinggi tahniah kepada Sdr. WanBaC yang telah dimartabatkan sebagai pemenang kategori ini diikuti dengan AwiPinat di tempat kedua, Uncle T [tempat ketiga], Khai [tempat keempat] dan WanNaga di tempat kelima.


http://2.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7SqY1k0l7I/AAAAAAAAESo/K2DvkiZmPOY/s320/kenarianz.jpg (http://2.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7SqY1k0l7I/AAAAAAAAESo/K2DvkiZmPOY/s1600/kenarianz.jpg)


Acara berakhir pada jam 5 petang dan kami seterusnya bergerak ke Pantai UMSKAL untuk sesi fotografi sekali lagi. Kira-kira jam 6.30 petang, kami kembali ke tempat penginapan untuk berehat.



http://3.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7TfV4edTUI/AAAAAAAAEUg/uagidW31bho/s320/ums.jpg (http://3.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7TfV4edTUI/AAAAAAAAEUg/uagidW31bho/s1600/ums.jpg)



Di sebelah malam, acara diteruskan dengan Sesi Meja Makan bersama wakil dari satu lagi Sahabat Kenarianz iaitu Kelab Fotorgrafi Jebat.Net Zon Labuan iaitu Sdr. Azizul Haqqim. Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau atas komitmen sebagai jurufoto Kenarianz sepanjang acara di Manikar Resort.

Hari Ketiga;
Pada hari terakhir Trip2Labuan, para peserta mengambil kesempatan terakhir untuk membeli-belah di Pulau Bebas Cukai ini. Selepas makan tengahari, kami mula bergerak ke Jeti Labuan untuk memulakan perjalanan balik ke Kota Kinabalu. Feri bertolak dari Labuan pada jam 1.30 tengahari dan tiba di Menumbok dua jam selepas itu. Kami meneruskan perjalanan secara berkonvoi dalam keadaan cuaca yang kurang baik dan akhirnya selamat tiba di Kota Kinabalu pada jam 7.30 malam.

Syukur ke hadrat Illahi kerana mempermudahkan perjalanan program Trip2Labuan ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Kenarianz Zon Labuan atas sokongan padu sepanjang program. Syabas kepada semua yang terlibat; Ahli-ahli Kenarianz, SIXORS, Borneo AutoCare, Jebat.Net, SIOLOON Labuan & KCOC. Semoga persahabatan ini berpanjangan demi satu tujuan yang sama iaitu memartabatkan industri permotoran di mata umum.. It's all about the rides...


Kenarianz:

Adz Mie & keluarga, Johan & keluarga, Bro Bo & keluarga, Rozlan & keluarga, RolC & isteri, Khai & keluarga, WanBaC & isteri, Uncle T, AwiPinat, WanNaga, Madi & keluarga, Kojek, Zal, Ismal & keluarga, Neija13, Move Daihatsu a.k.a Pye, Wan Nightmare, Senawing, David, dan putera_naga2 & isteri.

http://4.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7TWzMX9bBI/AAAAAAAAEUQ/QFNvRKup-1Q/s320/labuan.jpg (http://4.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7TWzMX9bBI/AAAAAAAAEUQ/QFNvRKup-1Q/s1600/labuan.jpg)


Borneo AutoCare:

ZulB & Supri


SIXORS:

Wann_W & Darling, Najim_Ozzy & sal, Asrul & keluarga, Jai, John & co., Gjul & Pul

(http://2.bp.blogspot.com/_wJ5ETKhSXpI/S7TXFXJWBBI/AAAAAAAAEUY/OycuwO2Vdso/s1600/sixors.jpg)


Sumber foto : Pye, Neija13, Adz Mie, putera_naga2, Sa Kiah SIXORS, Zul Jebat.Net & Usman Sohod

Laporan Bergambar PENUH @ Blog Rasmi Kenarianz Sabah (http://kenarianz-sabah.blogspot.com)
More photos @ KENARIANZ.COM.MY Facebook Page. Check it out! tq