PDA

View Full Version : NOS Report - 20 Mac 2009 (KL Chapter)


_SHOFI_
03-23-2009, 09:57 AM
Laporan Nes-O-Session Kenarianz 20 Mac 2009 (KL Chapter)

NOS @ Lembah Klang
Tarikh : 20 Mac 2009
Masa : 8.30 malam dan ke atas
Lokasi : PETRONAS TTDI


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Mana laporan NOS sessi 13 Mac 2009??? mungkin ada yang tertanya-tanya (perasan je haku ni hehe), maaflah rakan-rakan ya, aku tak dapat menghadirkan diri ke sessi NOS tersebut kerana telah merancang untuk balik kampung, mano lagi kalau tak ke Sromban tu ha. Namun sempat juga aku berbual dengan Abang Made pada malam itu melalui handy. Khabarnya beliau sedang dalam perjalanan ke tapak NOS, aku pula sedang menyusuri federal highway untuk balik ke Seremban. Apepun tahniah buat rakan-rakan yang telah menghadirkan diri pada sessi NOS tersebut.

Jangan risau, jangan gundah gulana, laporan NOS diteruskan untuk sessi 20 Mac 2009. Kali ini menyaksikan Petronas TTDI menjadi tuan rumah. Seperti biasa tepat jam 9.30 malam aku pun berangkat ke tapak NOS. Jalan raya yang agak lengang pada malam itu membuatkan aku sampai lebih awal beberapa minit ke tapak NOS.

Sesampainya aku, kelihatan tapak NOS juga masih lengang, mungkin tak ramai kot malam ni, lagipun hujung bulan, ujar hatiku. Aku pun dengan pantas meletakkan keretaku di sebelah kereta Abang K3 yang sedang mengalami masalah skrew bracket anti roll bar yang loose. Sessi bersalaman diteruskan dengan rakan-rakan.

Pelbagai kisah menjadi topik perbualan, kisah sport rim, tayar, abs, spring, enjin, dan macam-macam lagi. Gelak tawa rakan-rakan memecah suasana yang tak berapa sunyi. Sessi NOS menyaksikan kehadiran 3 buah Perodua Kenari yang berjenterakan K3VET. Di satu sudut kelihatan abang-abang K3 sedang berbincang dan bertukar pendapat tentang jentera masing-masing. Aku yang ketandusan ilmu dengan tanpa segan silu menyelit di dalam perbualan kelompok K3 itu. Manalah tau kot ada rezeki, ingin juga aku penuhi hajat di hati, ngeh ngeh lol_001 lol_001

Tepat jam 10.30 malam, sessi taklimat pun bermula. Taklimat di sampaikan oleh Tuan VP kita Saudara BHF1932.

1. Sticker promo dan sticker ahli masih dalam proses. Mungkin akan ada design baru untuk sticker cermin hadapan.
2. Harap kerjasama rakan-rakan untuk pembayaran yuran. Pemberian merchandise ada dalam perancangan.
3. Derma Tabung Gaza masih dibuka.
4. Sessi badminton akan diadakan pada malam esok di SGRC.

Sessi makan dan minum kali ini berlangsung Roti John.

Antara yang hadir :

1. CD
2. BHF1932
3. @ndy
4. WanLee
5. Corleano
6. Ibnu Sina
7. Budak Busuk
8. Ross
9. Nizam_5282
10. Acaizegrete
11. Reza & YL
12. Azril82
13. Yazmeenahmad
14. Pleomaxx
15. aero_6938
16. Skyfura
17. Nartasha
18. Biskut
19. _SHOFI_

P/S : Seorang abang yang datang sefamily yang aku masih tak kenal lagi namanya hehe, turut hadir pada sessi NOS kali ini. Bagi komiti yang kenal, leh la tolong tulis namanya di sini.

P/S : Maaf sekiranya ada diantara nama rakan-rakan yang hadir tidak tersenarai di atas, mungkin terlepas pandang dan kealpaan melanda.

Sekian, laporan dari
_SHOFI_