View Full Version : Barisan Komiti Kelab Kenarianz 2009/2011
pikamerah
02-01-2009, 12:08 PM
Dengan kuasa yang telah diamanahkan kepada saya selaku Setiausaha Kelab Kenarianz sessi 2009/2011, dengan ini dimaklumkan barisan komiti sessi 2009/2011 yang telah memenangi pemilihan barisan ahli jawatankuasa pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama yang telah diadakan pada 31.1.2009
Presiden
Sdr. Adi Iskandar Elias (totttis)
Timb. Presiden
Sdr. Asmade Bin Salam (BHF1932)
Setiausaha
Sdr. Mohammad Zahri Latif (pikamerah)
Pen. Setiausaha
Sdri. Aainaa Sarah Abu Hassan (rider_gurlz84)
Bendahari
Sdr. Mohamad Haikal Jenal (haikal)
Pen. Bendahari
Sdri. Marisa Noranis Mohamad (ieca78)
AJK trafik
Sdr. Mohd. Shazwan Ramlan (MOVEving)
AJK event
Sdr. Nahri Nauefal Mohd. Othlah (along_84)
AJK IT
Sdr. Mohd. Zaini Rahmat (biskut)
AJK merchandise
Sdr. Mohd. Syawani Mohd. Ghazali (wanie_64)
AJK public
Prakash Rao
AJK wanitarianz
Sdri. Natasha Bt. Badarolsam (nartasha)
AJK internal affairs
Sdr. Mohd. Shahril Izwan M. Yusof (acaizegrete)
AJK law
Sdr. Mohammad Firdaus Abdullah (mozweed)
Pengurusan Tertinggi mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada barisan komiti yang baru. Semoga dengan pemilihan anda dapat memajukan lagi Kelab Kenarianz di masa akan datang.
pikamerah
02-01-2009, 12:18 PM
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Kenarianz telah bersetuju untuk melantik Pemeriksa Kira-kira dan Pengamanah untuk berganding bersama barisan komiti sessi 2009/2011.
Pemeriksa Kira-kira
1. Sdri. Noridawati Idris (kakChik)
2. Sdr. Mohd. Adnan Nazan (aero6938)
Pengamanah
1. Sdr. Nurul Faisal Murad (corleano)
2. Sdr. Muhammad Iri Azwan Alang Ibrahim (rhuddy@wan)
3. Sdr. Johari Jamaludin (kelabuasap)
man84
02-01-2009, 12:29 PM
sy wakil dr kenarianz kelantan mngucapkan tahniah kpd smua barisan komuniti y telah memenangi ahli jwtankuasa pd msyuarat agung kali pertama..
hrp kelab kenarianz smkin sukses dgn barisan komiti yg baru..tahniah..
pikamerah
02-01-2009, 01:00 PM
Dengan ini juga barisan komiti telah bersetuju untuk membuat pindaan dan pemilihan Wakil Kelab (club reps) yang baru untuk menganggotai barisan komiti sessi 2009/2011.
Semua Ketua Zon dan Wakil Kelab akan diketuai oleh AJK internal affairs iaitu, Sdr. Mohd. Shahril Izwan M. Yusof (acaizegrete)
KETUA ZON
Barisan komiti akan bermesyuarat untuk memilih dan melantik Ketua Zon.
WAKIL KELAB
Wakil Kelab Chapter Kuala Lumpur
Sdr. Khairul Nizam Ab Karim (zxkn)
Sdr. Mazlinizam bin Marzuki (nizam_5282)
Wakil Kelab Chapter Selangor
Sdr. Musrizal b. Musanin (budak_busuk)
Sdr. Mohd. Adnan Nazan (aero6938)
Wakil Kelab Chapter Perak
Sdr. Johari jamaludin (kelabuasap)
Sdr. Kamarul Azhar Mat Zan (gbumlover)
Sdri. Wahida Mohamad Noor (MiSs_WaHiDa)
Sdr. Ezri Irzuandy b. Ismail (ery_kitty)
Wakil Kelab Chapter Pulau Pinang
Sdr. Megat Fariq Al-Fathullah B. Mohammad (megatfrq)
Sdr. Mohd Reffendi Ridzuan (fendyz)
Sdr. Muhd Idzwan Bin Nor Azmi (asnirul5)
Wakil Kelab Chapter Kelantan
Sdr. Ahmad Faizal Mohamad (man84)
Sdr. Ilwan Abd. Majid (achom)
Sdri. Zurita abdullah (zuriey533)
Wakil Kelab Chapter Johor
Sdr. Abu Azman Abu Mustafa (toto)
Sdr. Wan Mohd Hafidz Bin Wan Hasan (FidzDa)
Sdr. Abdul Rahim Ali (Sp|tF|R3)
Sdr. Syed Mustaffa Syed Hassan (mus_statejb)
Wakil Kelab Chapter Sabah
Sdri. Aneeza Usly (neija13)
ryme_jb
02-01-2009, 10:07 PM
tahniah di ucapkan kepada barisan komiti baru kenarianz 2009-2011..... komiti baru kali ini membawa pengharapan baru untuk menerajui kenarianz dengan lebih baik ... :D
_SHOFI_
02-02-2009, 12:12 AM
Salam briggin_001 briggin_001 briggin_001
Alhamdulillah...selamat sudah family day 2009 dan AGM Kali Pertama KENARIANZ...
Setinggi- tinggi tahniah diucapkan kepada barisan komuniti yang telah memenangi pilihanraya dan seterusnya menjawat jawatan masing-masing untuk sessi 2009/2011. Semoga dengan barisan komuniti2 yang baru ini, KENARIANZ akan terus unggul dan sukses pada masa2 akan datang briggin_001 briggin_001 .
P/S : Apa Yang Penting...KERJASAMA xsign_097 xsign_097 xsign_097 .....(aku duk pikir dari mana wujudnya lagu ni hehe)
shafa991
02-02-2009, 09:40 AM
tahniah kpd barisan baru komiti.
pikul lah amanah yg d beri dgn ikhlas dan jujur.
jawatan yg d beri adalah atas kyakinan kenarianz pd kebolehan anda,
jadi jgn hampakan kenarianz demi mperkasakan lg kelab ini.
semoga kenarianz terus menjadi kebanggaan
lyrically girl
02-02-2009, 09:53 AM
salam..
tahniah kepada semua yang telah dilantik..semoga anda semua dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yg telah disandarkan kepada anda semua dengan jayanya..
congrat everybody briggin_001
marilynmanson
02-02-2009, 11:07 AM
Tahniah diucapkan pada barisan komiti serta ahli tertinggi Kenarianz yang baru dilantik pada AGM lepas. Congrats guys. briggin_001
zulhizainL902S
02-02-2009, 11:14 AM
Tahniah dan terima kasih,
Tahniah diucapkan buat sahabat baik, Totttis kerana telah mendapat kepercayaan utk mengepalai Kenarianz musim 2009-2011. Aku doakan agar barisan pilihan terbaru ini mampu mengekalkan momentum dan wadah perjuangan sepertimana sebelum ini.
Good Luck guys...
kelabuasap
02-02-2009, 11:18 AM
Sekali air bah sekali pantai berubah. Moga perubahan pada komiti tertinggi kenarianz akan membawa lebih kemanafaatan kepada seluruh keluarga kenariaz. AGM kali pertama ini diharap menjadi titik tolak arah tuju kelab kenarianz kepada sebuah kelab yang lebih dinamik, berwawasan dan berorientasikan suasana keluarga yang harmoni. Syabas kepada barisan komiti yang baru dilantik. Amanah yang diberikan oleh semua ahli sewajarnya dilaksanakan tanpa kompromi. Kejayaan pasti tercapai dengan kerjasama dari semua pihak. Tahniah dan syabas sekali lagi...Caiyukk...caiyukk!!!
BHF1932
02-02-2009, 12:28 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Terima kasih diatas kepercayaan dan amanah yang telah diberikan kepada kami untuk menerajui Kenarianz untuk sessi 2009/2011. Bagi kami tiada apa yang lebih indah selain dari melihat kelab yang tercinta ini berkembang dengan lebih luas dan maju didalam segala aktiviti yang kita lakukan. Biarlah yang indah diluar juga lebih indah didalam. Yang Tersirat juga sama seperti yang tersurat dan Kenarianz lebih dikenali sebagai sebuah kelab yang berorientasikan hubungan kekeluargaan serta persahabatan yang jitu..
Bagi abg, biarlah kita setia pada kelab yang satu daripada mempunyai perbagai kelab tapi sekadar sticker di kereta yang menunjukkan jumlah kelab2 kita. Persahabatan dan kekeluargaan yang terjalin tidak mungkin kita boleh jual beli.
Kami juga pohon dan minta agar seluruh warga kenarianz menegur serta membetulkan salah dan silap disepanjang kami menerajui kelab ini. Tidak ada yang lebih besar, tidak ada yang lebih penting dan tidak ada jawatan yang lebih penting daripada hubungan persahabatan dan kekeluargaan yang terjalin selama ini. Pendekatan Mesra Rakyat merupakan pendekatan yang cuba kami bentuk didalam barisan pengurusan sessi 2009/2011 ini..
Akhir kata, Selamat Maju Jaya buat Kenarianz....
Salam... briggin_001
puteri_nurul
02-02-2009, 12:42 PM
Salam... briggin_001
Tahniah kepada semua barisan komiti yang dilantik...semoga KENARIANZ akan terus maju kehadapan dengan pentadbiran baru sessi 2009/2011 ini briggin_001 briggin_001
aero_6938
02-02-2009, 12:53 PM
tahniah kepada semua barisan comiti baru..semoga membawa kepada azam n harapan baru..
biarlah mcmner jawatan kite pun..jgn lupa rakan2..dan bersedia lah utk dikritik..sbb kite manuasia insan lemah..segala kritikan n tomahan anggaplah sebagai panduan n nasihat utk memajukan diri kite lagi n kelab ini..
harapan nan myb same dgn yg lain..kite mahukan perubahan n sinar baru kepada kelab ini..
yg pergi tetap pergi..yg kekal kukuhkan lagi..yg lemah prbaiki..yg maju same2 kongsi..
tahniah sekali kepada semua..xkira comiti2 bahkan rakan2 yg same2 memeriahkan AGM kite ini..
adios rakan2..salam..
yazmeenahmad
02-02-2009, 01:40 PM
taniah pada ahli komuniti yg baru...taniah..keep it up kenarianz..
MOVEving
02-02-2009, 03:06 PM
Thanks & tahniah kepada semua atas perlantikan ini..
semoga kenarianz akan terus maju & lebih maju dibawah naungan ahli jawatankuasa tertinggi ini..
kepada semua yg menjayakan AGM ini,tahniah di ucapkan kepada anda semua..
u all did a very good job guys..
Long Live Kenarianz..
man_in_black
02-02-2009, 04:50 PM
Salam hormat dan salam kenarianz...
stinggi-tinggi jutaan tahniah diucapkan kepada barisan comitee yg baru dilantik..
semoga anda semua menjalankan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab.
semoga barisan yg baru ini dapat membawa perubahan di dalam kenarianz x kira dari segi ape pun..
disamping itu juga bersama-samala kita semua bersatu hati bagi menjadikan kenarianz terkenal bukan kerana gahnya nama itu,tetapi terkenal dengan hubungan ukhwah yg ada di dalam setiap diri ahli kenarianz...
Ape yang penting......kerjasamaaaa...............
Ape yang penting......Nizamla punca...hehhehehehehehhe
mezzy
02-02-2009, 06:27 PM
Tahniah pada semua yg dilantik....harap kelab kita yg disayangi ni akan bertambah maju lagi
TAHNIAH
along_84
02-02-2009, 06:49 PM
tahniah semua pada ahli jawatan kuasa yang baru...
semoga dengan adanyer muka2 baru kite juga akan dapat idea baru untuk memantapkan kelab kite di malaysia ini..
apa pon selamat berjaya pada semua bagi menguruskan kenarianz dengan jayanya
neija13
02-02-2009, 07:07 PM
http://www.wondercliparts.com/congratulations/graphics/congratulation_graphics_1.gif
Semoga Kenarianz terus sukses xsign_097
mozweed
02-02-2009, 10:58 PM
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah pada semua committee dan club representative baru yg telah dilantik untuk menerajui kelab kita ini. Marilah kita bersama2 berganding bahu menggalas tanggungjawab yg diberikan.
Tak lupe jgk pada ahli2 yg memberi kepercayaan pada aku untuk mengetuai Biro Undang-undang Kenarianz bagi sesi 2009/2011.
Sekian, terima thank you.
joelai86
02-03-2009, 02:35 AM
Salam..
Tahniah wat barisan komuniti yg baru...
kami akan sentiasa berada mengsupportkan anda semua hehe
semoga anda sume succes wat geng2 kenarianz sume...
gaara_X
02-03-2009, 07:30 AM
tahniah ambo ucapkan.......
ambo harap ngan barisan baru kenarianz.com.my akan menyerikan lagi komuniti kita ini malah mengorak langkah yang lebih gemilang lagi....hidup kenarianz.com.my!!....
zulazfar
02-03-2009, 07:32 AM
[center:d3423e6b26]http://i272.photobucket.com/albums/jj173/zulazfar/2642121618_c62ee216a8.jpg[/center:d3423e6b26]
[center:d3423e6b26]Tahniah Kepada Semua Yang Dilantik...Semoga Pentadbiran Kelab Lancar Seperti Dulu dan Makin Improve... mrgreen_001 mrgreen_001 mrgreen_001[/center:d3423e6b26]
kakchik
02-03-2009, 11:15 AM
TAHNIAH pada semua pemenang2..
dan tiada pengalah sebenarnya kerana semua mempunyai tanggungjawab yg harus dipikul, memastikan kelab akan terus berkembang maju... briggin_001
pd shofi thanks ler sudi cadangkan nama kakchik as pemeriksa kira2 (terkezut seh ada gak org kenal aku keh3...)
gbumlover
02-03-2009, 11:37 AM
semoga dengan adanya barisan baru..kenarianz akan lebih berjaya...
tahniah dan terima kasih..
evil_001 evil_001
tahniah utk sume..
totttis
02-03-2009, 11:44 AM
Nizam kena lagi...
tahniah semua
nizam_5282
02-03-2009, 11:52 AM
Aiseh... Kena lagi. Terima kasihla kerana mempercayai aku...
Kepada Komiti yang baru, tahniah.... Tanpa anda, tak adala nama anda kat kertas undi untuk aku undi... Kerana aku percaya korang boleh dipercayai... Majulah kenarianz untuk forum kenarianz dan aktiviti kenarianz.... Tak lupa untuk Club Rep yang baru, rekrut la ahli baru untuk masa depan kenarianz yang semakin cerah...
asnirul5
02-03-2009, 11:54 AM
Tahniah semua yang dilantik,semoga dapat wat keje dengan lebih cemerlang...
p/s : aku terkejut,cam tak percaya jer...ahahahah...mrgreen_001
fauzan
02-03-2009, 12:32 PM
Tahniah untuk semua yang telah dilantik....
riderboy_83
02-03-2009, 12:44 PM
tahniah..pada barisan komiti yang baru... briggin_001
LiLFaDLi
02-03-2009, 10:45 PM
Congratz kat semua komiti yg baru.. Harap korang komited & ikhlas atas tanggungjawab yg diberikan.. harapan utama adalah smoga lagi byk promosi utk tarik member2 baru utk join NOS dilakukan, bkn forumers skadar bkata kencang diforum jer.. buktikan identiti friendly & kekeluargaan dizahirkan supaya lebih ramai seronok & teruja untuk turun padang beramai2 beramas mesra.. hehehe.. lebihkan teguran membina & ceria daripada berlagak tegas utk memperbetulkan sesuatu.. org2 baru & ahli biasa mcm aku ni perlu dibimbing slalu.. ingatlah, bler dah kat atas, jgn lupa pandang ke bawah gaks sbb lumrah manusia utk cuba mengesan kelemahan kita.. apapun kepada memberz semua, jom kita kasi havoc sama ini Kenarianz yg disayangi ini... cheriosss.. Peace.. Sekian essei ku ini.. tata..
Qaero
02-04-2009, 01:01 PM
Tahniah tahniahhhhh kpd totttis selaku pengetua yg baru,dan tahniah jua pd abg made sbb jd penolong kanan...Dan x lupa jua pd kwn2 yg telah dilantik jd ketua pengawas dan barisan2 pengawas....Cewahhhhh mcm kat skolah lak....Gurau ehhhh...Anyway,all da best to all of u,use the power within u to conduct this very club...
zulazfar
02-04-2009, 02:25 PM
sungguh bernas kata En. LilFadli itu...aku sokong...
idahiryns
02-04-2009, 10:10 PM
congrats to all...
smoga dgn perlantikan komiti yg baru...
kenarianz akan lebih berkembang ke tahap antarabangsa cool_001
long live kenarianz razz_001
panjang64
02-12-2009, 12:09 PM
cai yok...
cai yokk...
tahniah kapda semua pemimpin yang dilantik
sebakai org baru saya ingin sekali melihat 'KEAKRABAN"
dari geng2 kenarian...
salam semua...
vBulletin® v3.8.5, Copyright ©2000-2012, Jelsoft Enterprises Ltd.